Pengenalan

Ikuti artikel Cara Renew SSM Online ini untuk memperbaharui SSM anda.

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) ialah sebuah badan berkanun yang dibentuk hasil daripada penggabungan Pendaftar Syarikat (ROC) dengan Pendaftar Perniagaan (ROB) di Malaysia yang mengawal selia syarikat dan perniagaan. SSM mula beroperasi pada 16 April 2002. Aktiviti utama SSM adalah sebagai pemerbadanan syarikat dan agensi pendaftaran perniagaan di samping menyediakan maklumat syarikat dan perniagaan kepada orang ramai. Sebagai peneraju utama ke arah meningkatkan tahap tadbir urus korporat, SSM melaksanakan fungsinya mengawal selia pematuhan perundangan korporat dan pendaftaran perniagaan melalui aktiviti penguatkuasaan dan pemantauan yang menyeluruh bagi memastikan perkembangan positif sektor korporat dan perniagaan untuk negara. Rujuk artikel ini tentang cara memperbaharui SSM secara online.

renew ssm online

Cara Renew SSM Online

Langkah 1 : Layari laman web Ezbiz2u

Layari laman web Ezbiz2u dan pada halaman utama klik pada butang “Mohon Sekarang

renew online ssm

 

Langkah 2 : Isi borang permohonan untuk renew SSM Online.

Kemudian anda akan dibawa ke laman borang permohonan. Anda perlu mengisi kesemua maklumat yang diminta. Sila pastikan maklumat yang diisi adalah tepat dan benar supaya permohonan anda tidak ada masalah bila diproses.

borang permohonan

Langkah 3 : Buat pembayaran secara atas talian.

Selepas mengisi borang permohonan, anda boleh memilih bank anda untuk membuat bayaran secara atas talian dan anda boleh klik pada buatang bayaran “Pay”. Permohonan anda akan diprose dalam masa 24 jam.

bayaran renew

Langkah 4 : Terima sijil baharu melalui emel.

Selepas bayaran dibuat, anda akan menerima resit bayaran melalui emel. Sijil SSM yang baharu akan diemel sebaik sahaja permohonan diproses.

renew ssm online

Kesimpulan cara renew SSM online

Kesimpulannya, semua peniaga yang mempunyai sijil pendaftaran perniagaan (SSM) wajib memastikan sijil anda masih aktif supaya tidak dikenakan tindakan undang-undang oleh pihak berkuasa. Sekiranya anda didapati menjalankan perniagaan tetapi sijil pendaftaran perniagaan anda (SSM) telah tamat tempoh, anda akan dikompaun oleh SSM. Renew SSM anda sekarang dengan Ezbiz2u atau hubungi kami pada talian 01160822515. Pihak kami akan bantu anda menyelesaikan masalah anda.

1 thoughts on “Cara Renew SSM Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

×