RENEW SSM

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) merupakan badan berkanun yang terbentuk hasil daripada penggabungan Pejabat Pendaftar Syarikat (ROC) dengan Pejabat Pendaftar Perniagaan (ROB) di Malaysia yang mengawal selia syarikat dan perniagaan. SSM yang mula beroperasi pada 16 April 2002. Bertanggungjawab untuk pentadbiran, pendaftaran dan pengawalseliaan syarikat dan entiti perniagaan di negara ini. SSM berfungsi untuk memastikan aktiviti perniagaan di Malaysia dijalankan mengikut undang-undang dan peraturan yang terpakai.

Aktiviti utama SSM adalah sebagai sebuah agensi pemerbadanan syarikat dan pendaftaran perniagaan di samping membekalkan maklumat syarikat dan perniagaan kepada orang awam. Sebagai peneraju utama ke arah peningkatan tahap tadbir urus korporat. SSM melaksanakan fungsinya mengawalselia pematuhan perundangan korporat dan pendaftaran perniagaan. Melalui aktiviti penguatkuasaan dan pemantauan yang komprehensif bagi memastikan perkembangan positif sektor korporat dan perniagaan untuk negara.

Khas kepada pemilik bisnes di Malaysia, SSM menyediakan pelbagai platform bagi memudahkan para peniaga untuk memperbaharui lesen perniagaan secara online sahaja. SSM bertanggungjawab untuk mendaftarkan pelbagai jenis syarikat. Seperti syarikat liabiliti terhad (SDN BHD), syarikat liabiliti terhad (BHD), syarikat koperasi, dan syarikat lain. Proses pendaftaran melibatkan pengumpulan maklumat tentang entiti perniagaan, termasuk pemegang saham, pengarah, alamat syarikat dan maklumat penting lain.

Perlaksanaan sistem perbaharui SSM online, atau secara atas talian ini merupakan salah satu inisiatif kerajaan dalam mendigitalisasikan perkhidmatan sedia ada sekaligus membolehkan pembaharuan SSM tidak lagi perlu dilakukan di kaunter cawangan Suruhanjaya Syarikat Malaysia secara bersemuka. SSM memainkan peranan penting dalam menyokong pertumbuhan dan pembangunan sektor korporat di Malaysia dan memastikan ketelusan dan integriti dalam persekitaran perniagaan negara.

Kelebihan Perbaharui SSM Secara Online Di ezbiz2u.com

  1. Memudahkan kita tanpa perlu hadir di pejabat atau cawangan Suruhanjaya Syarikat Malaysia
  2. Menjimatkan masa dan tenaga
  3. Urusan pembaharuan ssm dalam masa 5 hingga 10 minit sahaja
  4. Terima sijil ssm yang baharu dalam masa 24 jam melalui email

Ikuti cara mudah perbaharui SSM anda di www.ezbiz2u.com atau hubungi kami melalui talian tertera 011-60822515.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

×