Ap
Pengenalan
Apa itu SSM? Suruhanjaya Syarikat Malaysia atau lebih dikenali SSM ialah sebuah badan berkanun yang dibentuk hasil daripada penggabungan Pendaftar Syarikat (ROC) dengan Pendaftar Perniagaan (ROB) di Malaysia yang mengawal selia syarikat dan perniagaan. SSM adalah badan berkanun di Malaysia yang bertanggungjawab untuk mengawal selia pendaftaran syarikat dan entiti perniagaan di negara ini. Fungsi utama SSM adalah memudahkan pendaftaran syarikat, mengawasi dan memastikan pematuhan syarikat terhadap undang-undang dan peraturan perniagaan, serta menyediakan perkhidmatan berkaitan dengan perniagaan di Malaysia.
SSM mula beroperasi pada 16 April 2002. Aktiviti utama SSM adalah sebagai pemerbadanan syarikat dan agensi pendaftaran perniagaan di samping menyediakan maklumat syarikat dan perniagaan kepada orang ramai. Sebagai peneraju utama ke arah meningkatkan tahap tadbir urus korporat, SSM melaksanakan fungsinya mengawal selia pematuhan perundangan korporat dan pendaftaran perniagaan melalui aktiviti penguatkuasaan dan pemantauan yang menyeluruh bagi memastikan perkembangan positif sektor korporat dan perniagaan untuk negara.
SSM bertanggungjawab ke atas pentadbiran dan penguatkuasaan undang-undang berikut:
- Akta Suruhjaya Syarikat Malaysia 2001
- Akta Syarikat 2016 (Akta 777)
- Akta Skim Kepentingan 2016 (Akta 778)
- Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Akta 197)
- Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012
- Akta Syarikat AmanahTrust 1949 (Akta 100)
- Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971 (Akta 28)
- Sebarang perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta yang dinyatakan di atas seperti:
- Peraturan-Peraturan Skim Kepentingan 2017Peraturan-Peraturan Syarikat 2017
- Kaedah-Kaedah Pendaftaran Perniagaan 1957
- Peraturan-Peraturan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (Perlesenan Setiausaha 2017)
- Peraturan-Peraturan Perkongsian Liabiliti Terhad 2012
Rumusan
Melalui peranannya yang penting dalam mengawal selia pendaftaran syarikat dan perniagaan. Jadi apa itu SSM ? ia membantu memastikan kestabilan dan integriti landskap perniagaan di Malaysia. Mereka juga memainkan peranan penting dalam menyediakan aksesibiliti maklumat yang berkaitan dengan syarikat dan perniagaan, serta mendorong peraturan dan amalan yang baik dalam komuniti perniagaan.
SSM menyediakan perkhidmatan dalam talian untuk memudahkan pemilik syarikat dan perniagaan untuk mengemaskini maklumat, membuat pembayaran, dan mendapatkan maklumat terkini berkaitan perniagaan mereka. Jika anda ingin membuat permohonan untuk dapatkan lesen perniagaan anda. Boleh hubungi kami segera !!