Lesen perniagaan adalah salah satu dokumen yang mesti dimiliki oleh perniagaan yang berskala kecil, sederhana dan besar, selagi perniagaan tersebut bergerak dalam bidang perdagangan.  Mendapatkan keizinan atau kelulusan yang diberikan oleh pihak berkuasa kerajaan. Serta badan perundangan kepada individu atau syarikat untuk menjalankan aktiviti perniagaan. Satu perniagaan tertentu di dalam kawasan atau negara yang tertentu. Lesen perniagaan adalah suatu keperluan perundangan yang diwajibkan bagi kebanyakan jenis perniagaan dan berfungsi untuk mengawal dan mengawasi aktiviti perniagaan tersebut.

Dengan dokumen ini, Anda dapat menjalankan perniagaan dengan lebih selamat dan tanpa perlu risau akan masalah di masa depan. Seperti pengenaan sekatan berdasarkan undang-undang dan peraturan yang akan berlaku. Antara syarat untuk perbaharui Lesen Perniagaan SSM adalah seperti berikut :

Syarat Perbaharui Lesen Perniagaan SSM

  • Pemilik atau Orang Yang Bertanggunjawab sahaja dibenarkan untuk membuat permohonan
  • Perniagaan berdaftar yang aktif perlu memperbaharui perakuan pendaftaran perniagaan untuk tempoh satu (1) hingga lima (5) tahun
  • Boleh perbaharui lesen perniagaan SSM bila-bila masa sebelum tarikh luput pendaftaran sehingga dua belas (12) bulan selepas tarikh luput pendaftaran
  • Pastikan anda menyediakan maklumat terkini tentang syarikat anda, termasuk alamat syarikat, butir-butir pemilik syarikat, permodalan, dan lain-lain.
  • Anda perlu mengisi borang pembaharuan yang sesuai, seperti Borang A atau Borang D, bergantung kepada jenis syarikat anda. (contohnya, Syarikat Sendirian Berhad atau Syarikat Berhad).
  • SSM akan menyemak maklumat yang anda berikan dan sekiranya semua syarat dipenuhi, mereka akan mengeluarkan pengesahan pembaharuan lesen.

Pastikan anda menyemak secara menyeluruh dan mematuhi semua keperluan dan prosedur yang ditetapkan oleh SSM semasa melakukan pembaharuan lesen syarikat anda. Anda juga boleh menghubungi SSM secara terus atau melalui laman web mereka untuk mendapatkan panduan yang lebih terperinci dan maklumat yang terkini mengenai proses pembaharuan lesen perniagaan.

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari website kami www.ezbiz2u.com atau melalui email info.ezbiz2u@gmail.com. Urusan pembaharuan lesen SSM online 2022 kini dihujung jari anda. Kami menawarkan servis yang sangat mudah dan cepat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

×